Tempurung Kaca

sekadar luahan dan penulisan

Bertukar ke Blogspot

http://afisazlie21.blogspot.com

Just to inform that I have change my blog to the above URL..

11/05/2009 Posted by afisazlie | Uncategorized | | No Comments Yet

Halatuju gerakan koperasi selepas MeCD dibubarkan

Mungkin ramai yang tidak mempunyai kesedaran mengenai gerakan koperasi di Malaysia ini. Mula bertapak di Malaysia pada 1922 iaitu kira-kira 86 tahun yang lepas. Hasrat kerajaan menjadikan sektor koperasi sebagai sektor ke 3 untuk menjana ekonomi, ke arah sumbangan kepada KDNK. Bukan hendak bercerita tentang sejarah koperasi tetapi apa yang menjadi persoalan ialah kemana halatuju gerakan koperasi selepas MeCD dibubarkan?

Sedikit sebanyak mengenai gerakan koperasi di Malaysia disokong oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau dahulu dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK), Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) sebagai satu-satunya institusi pendidikan untuk gerakan koperasi, ANGKASA, Bank Rakyat dan ribuan koperasi yang berdaftar. MeCD atau Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi adalah badan yang bertangungjawab untuk menjaga hal ehwal keusahawanan Bumiputera dan juga koperasi. Apabila MeCD dibubarkan, seolah-olah peranan usahawan dan koperasi kita tidak penting di mata pemimpin. Untuk koperasi misalnya, memang diakui kurangnya kesedaran orang ramai tetapi apabila adanya MeCD yang menggunakan perkataan Koperasi, sedikit sebanyak dapat mempromosi kepada umum mengenai kewujudan koperasi.

Semalam berlangsung perhimpunan bulanan MeCD yang terakhir di Putrajaya di mana turut dihadiri oleh mantan menteri. Masih tiada kata putus yang dapat diberi berkaitan agensi lain yang bernaung di bawah MeCD sebelumnya selain MARA dan TEKUN. Sedangkan Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) sendiri tidak pasti kemanakah beliau akan dihantar, apatah lagi kami ni yang hanya orang bawahan?

Hemat saya, MeCD penting untuk menjaga kepentingan usahawan bumiputera dan gerakan koperasi dan tidak seharusnya dibubarkan. Meskipun yakin PM ada justifikasi tersendiri, tetapi kenapa perlu dimansuhkan perkara yang boleh membawa kebaikan dan terutama untuk menjaga kepentngan kita sebagai kaum bumiputera. Ini Malaysia, Tanah Melayu, tanah kita, bukan tanah orang asing yang hendak menguasai hak milik ketuanan melayu..

14/04/2009 Posted by afisazlie | Kerja | | 1 Comment

MeCD dibubarkan!!

Semalam, 9 April Kabinet baru telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita yang ke 6. MeCD atau Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah dibubarkan. Hmm kesian kami ni yang bernaung di bawah kementerian itu.. Hmm nak dijadikan cerita, pada minggu hadapan kami akan menganjurkan Seminar Membangun Kapasiti Wanita Melalui Koperasi bertempat di Hotel Mahkota, Melaka. Sepatutnya Timbalan Menteri MeCD iaitu Datuk Saifuddin Abdullah yang akan merasmikan, tapi beliau telah bertukar ke Kementerian Pengajian Tinggi lak. Hmm yang bestnya, kami tidak tahu sekarang ni kami bernaung di bawah kementerian apa. Menteri MeCD sebelum ini iaitu Datuk Noh Omar telah bertukar portfolio kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Malam tadi aku cuba bertanya pada seorang kawan lama semasa di U di mana dia berkhidmat dengan MARA sekarang. Sebelum kabinet baru, MARA dan kami (MKM) merupakan “sepupu” di dalam kementerian. Menurutnya MARA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri di bawah Unit Perancang Ekonomi yang diterajui oleh TS Nor Mohamed Yakcop manakala agensi lain yang bernaung di bawah MeCD sebelum ni akan diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, diterajui oleh Datuk Seri Shafie Apdal. Itu ura-ura yang didengar tapi belum ada kepastian lagi.. Pengarah kami pun masih tertanya-tanya kerana kebetulan petang semalam kami bermesyuarat bersama Pengarah serta Timbalan Pengarah Akademik dan juga Pengurusan berkenaan seminar di Melaka tu..

Apa yang agak mendukacitakan kami kerana bila MeCD dibubarkan, tiada lagi perkataan KOPERASI digunakan untuk kementerian. Hasrat kerajaan untuk menjadikan sektor koperasi ini sebagai sektor ke 3 untuk menjana ekonomi negara seakan-akan tiada kesungguhan. Maaf, bukan hendak mempertikai atau mempersoal kredibiliti atau keputusan PM kita kerana yakin ada justifikasi di atas keputusan beliau. Cuma kami agak terkilan kerana sebagai satu-satunya institusi pendidikan untuk koperasi di Malaysia ini, memang agak sukar untuk kami memberi kesedaran atau pengetahuan tentang faedah dan kelebihan berkoperasi. Hasrat kerajaan agar koperasi dapat memberi sumbangan besar kepada KDNK, Keluaran Dalam Negara Kasar, nampaknya sukar untuk dipenuhi. Buat masa sekarang sumbangan koperasi tak sampai 1% pun, tetapi di negara lain seperti India, Korea, Jepun, Iran, koperasi memainkan peranan penting dan menyumbangkan peratusan yang besar dalam KDNK negara masing-masing.

Apa yang penting? KERJASAMA!!!

Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah!!

Logo MeCD yang akan jadi kenangan

Logo MeCD yang akan jadi kenangan

10/04/2009 Posted by afisazlie | Kerja | | 7 Comments

Malaysian Technical Cooperation Programme – MTCP 2008

lawatan ke Perak, Kedah dan Langkawi

lawatan ke Perak, Kedah dan Langkawi

MTCP merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Banyak agensi yang diberi peluang untuk melaksanakan program ini temasuk lah maktab kami.. Untuk tahun 2008, maktab diberi 2 program iaitu Certificate in Cooperative Management yang dikendalikan oleh pusat aku iaitu Pusat Pentadbiran, Perundangan dan Kepimpinan (CALL) dan juga Certificate in Cooperative Auditing di bawah kelolaan Pusat Perakaunan dan Kewangan (ACTIF). Ini merupakan program kerjasama antarabangsa dengan negara lain terutama Negara Dunia ke3. Program ini berlangsung selama sebulan.

Di antara peserta-peserta yang hadir pada kali ini datangnya daripada 18 buah negara seperti Nepal, Sri Lanka, Filipina, Indonesia, Solomon Island, Kiribates, Fiji, Mauritius, Thailand, Toga Island, Vietnam, Maghribi, Jordan, Brunei dan beberapa lagi..

Untuk kali ini aku turut diberi amanah oleh Ketua Pusat untuk sama-sama menjayakan program ni. Pelbagai acara, lawatan, kelas yang dianjurkan oleh kami untuk memberi pendedahan kepada mereka.

Majlis Perpisahan MTCP

Majlis Perpisahan MTCP

Setelah sebulan bersama kami, akhirnya saat perpisahan tiba. Mereka keberatan untuk meninggalkan kami kerana keramahan dan kemesraan yang kami sajikan sepanjang berada di sini. Air mata turut mengiringi majlis perpisahan. Bagi kami sebagai penyelaras, berakhir sudah segala penat lelah kami untuk memastikan yang terbaik untuk mereka. Alhamdulillah, Ketua Pusat memuji dan mengucap tahniah di atas kejayaaan kami melaksanakan program MTCP ini.

Terdapat banyak suka duka yang aku perolehi. Antaranya melihat gelagat seorang peserta wanita dari Kiribates yang takut untuk menggunakan escalator kerana di negaranya tiada escalator disebabkan faktor kemiskinan dan kemunduran teknologi. Menurutnya di negara mereka bangunan paling tinggi cuma 2 tingkat. Ada juga peserta yang tak berpeluang melihat pelbagai jenis haiwan di negara mereka. Memang pada kita agak lucu dengan senario sebegini tetapi memberi peringatan kepada kita agar bersyukur kerana kita berada di negara yang maju membangun di bawah pimpinan kerajaan kita..

Sesungguhnya peluang mengendalikan program sebegini banyak memberikan pengajaran dan pengalaman. Penat tak usah cerita lah, tapi kepuasan menjayakan nya mengatasi peluh yang menitik. Dan seperti yang diputuskan dalam mesyuarat pusat pada awal Januari lalu, aku diberi penghormatan sekali lagi untuk mengkoordinasikan program MTCP pada tahun ni bersama dengan Biha dan Kak Zu.. InsyaAllah Julai 2009

09/04/2009 Posted by afisazlie | Kerja | | No Comments Yet

Pengkalan Balak, Melaka

Pertengahan Januari lalu, kami sekeluarga beserta keluarga makcik aku (adik ayah aku) telah mengadakan gathering family di Pengkalan Balak, Melaka. Bukan apa, sebenarnya pada hari esok nya ada saudara kami mengadakan majlis perkahwinan tak jauh dari tempat ni. Kebetulan hari tersebut merupakan hari ulang tahun angah ku yang juga berkongsi tarikh lahir dengan sepupu ku. Jadi kiranya ni 2 in 1 lah, gathering family plus birthday celebration.

So pagi sabtu tu kami set untuk berjumpa di plaza tol Ayer Keroh, Melaka. Aku seorang diri dari Balakong, mak ayah, makcik, angah dan uda dari kampung di Segamat dan along dari Muar. Aku sampai dulu di tol tu. Dalam 20 minit barulah group dari kampung sampai dan last sekali along aku sampai dlm 15 minit kemudian. Selepas tu kami berkonvoi ler sebanyak 6 biji kereta menuju ke chalet deruan ombak. Tempahan chalet telahpun dibuat awal-awal oleh ayahku.. Malam tu kami ber bbq. Macam-macam ada, ayam, daging, ikan, kambing.. Sampai tak terhabis dan simpan untuk breakfast pagi esok, hehe..

pemandangan waktu senja

pemandangan waktu senja


anak buah nak mandi laut

anak buah nak mandi laut


My family - sebelum balik

My family - sebelum balik

08/04/2009 Posted by afisazlie | Peribadi | | No Comments Yet

Bengkel Kredit Mikro Bank Rakyat – Sepang

Hmm awal Januari lalu, buat pertama kali aku mengajar untuk bengkel ni bersama dgn biha dan kak zu. Kami bertolak naik burung kenari ku, hehe kereta kenari ku yang dah banyak berjasa tu. Bertempat di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang. Hmm aku rasa tu la 1st time aku ke Bagan Lalang..

So hari pertama tu aku ajar slot yang ke 2, tangungjawab dan halatuju. Hmm background peserta adalah para usahawan yang membuat pinjaman kredit mikro dengan Bank Rakyat cawangan Banting dan Shah Alam. Semasa sessi perkenalan, rupanya ada sekelompok peserta yang datangnya dari Balakong. Apalagi, berkenalanlah aku dgn mereka. Rupa-rupanya mereka tu semua duduk di sekitar taman perumahan aku di Balakong tu, hehe.. Ada yang buka bengkel kereta tapi tak pernah ler pulak aku ke bengkel kereta mereka.

sebahagian daripada peserta kursus dgn tugasan

sebahagian daripada peserta kursus dgn tugasan

Pada sessi petang untuk slot kepimpinan, kami telah mengadakan aktiviti “treasure hunt” yang memang mencabar. Mereka tidak diberitahu akan aktiviti ini, jadi terpaksalah ber aktiviti dengan pakaian baju kurung bagi peserta perempuan. Kesian gak tengok mereka bertungkus lumus nak siapkan tugasan dan cabaran, tapi yang bagusnya, tiada yang menyerah kalah, walaupun tiada satu kumpulan pun berjaya menyiapkan tugasan dalam waktu yang ditetapkan.

Yang bestnya pada hari esok nya tu, satu lagi tugasan menanti mereka. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan produk kraftangan daripada bahan buangan dengan berbekalkan bahan-bahan yang terhad. Dari sini, ada yang baru sedar bahawa sebenarnya diri mereka ada yang berbakat dalam kerastangan aka kraftangan, hehe..

hasil kraftangan peserta..

hasil kraftangan peserta..

08/04/2009 Posted by afisazlie | Kerja | | No Comments Yet

Bila nak kahwin? umur dah tinggi

SOALAN YANG SELALU DITANYA…..
(terutama bila sambut birthday)

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh…aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa…haa… haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyyy)

Bila nak kawin???
Aaahhh….sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.

MORAL OF THE STORY : Jangan Tanya daaaaa

03/04/2009 Posted by afisazlie | Peribadi | | No Comments Yet

Sambut birthday 2 kali?

Hmm awal tahun yang baru ni aku menyambut ulang tahun kelahiran yg ke 28. hmm dah tinggi gak umur aku ni ek, hehe. Pada hari tu, birthday aku disambut dengan “seseorang”. Tidak lah beria buat party, cuma cukup sekadar dengan sebiji kek. Sudah terlebih cukup buatku..

3210141

Esoknya, aku pulang ke kampung kerana kebetulan di rumahku mengadakan kenduri. Sampai di kampung, angah menyuruh beli kek harijadi untuk anak2 buahku. Sekali lagi aku meniup lilin kek aiskrim yang sememangnya feveret kepada anak2 buahku tu.. Kebetulan aku lahir sama bulan dengan angahku lalu di kek tu ditulis ayah chik & mak ngah iaitu gelaran kepada anak2 buah kami..

p10301601

03/04/2009 Posted by afisazlie | Peribadi | | 2 Comments

Young Graduate Trainee (YGT RHB)

perseverance-course-66

Hmm baru jap tadi aku belek2 blog DJ dgn hudd.. Dua orang kawan merangkap adik masa kami sama2 dalam program Young Graduate Trainee @ YGT di RHB Bank. DJ sekarang sambung master kat oversea. Hmm teringat kenangan kami 6 bulan bersama. Sudah tentu pelbagai suka duka yang kami tempuhi.. Tupai merah? Gelaran pada trainer yang kami tak berkenan langsung. TC Lim “young ciku”.. Mr Zack “Kaber hero Kaber zero” dan few other names yang aku dah lupa.

Kepada mereka2 yang telah gugur, termasuk aku, bob, zamri, malek, nisa, dayah, diana juniza, aimi, laila, hmm sape lagi ek? luper ler pulak.. Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang kita semua ceburi..

Kepada mereka yang masih RHB Dihatiku; faizul, renny, masni, kavitha, huda, nasir, rubie, doris, nabila, ailina dan sesiapa lagi yang berkenaan, semoga ketabahan anda semua akan berkekalan.. Salam ingatan dan salam mesra dari abg long korang ni..

03/04/2009 Posted by afisazlie | Kerja | | No Comments Yet

Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)

 

mkm2

Maktab Kerjasama Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.. Hmm inilah tempat aku mencari rezeki sekarang. Sebelum ini, aku pernah bekerja di beberapa tempat dan bidang seperti retailing dan banking. Alhamdulillah, akhirnya ada rezeki aku untuk berkhidmat dalam sektor awam.

Sedikit sebanyak pengenalan mengenai MKM, merupakan satu-satunya institusi pendidikan untuk gerakan koperasi di Malaysia ini. Berpengkalan di Jalan Templer, Petaling Jaya dan mempunyai cawangan di Sabah dan Sarawak..

Aku bertugas sebagai Pegawai Latihan atau di maktab, kami lebih di kenali sebagai Lecturer dan sering juga di panggil cikgu oleh para peserta bagi kursus-kursus yang ku ajar. Tak kiralah apa jua panggilan, yang penting tugas dan tanggungjawab nye adalah sama..

03/04/2009 Posted by afisazlie | Kerja | | No Comments Yet