MeCD dibubarkan!!
Semalam, 9 April Kabinet baru telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita yang ke 6. MeCD atau Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah dibubarkan. Hmm kesian kami ni yang bernaung di bawah kementerian itu.. Hmm nak dijadikan cerita, pada minggu hadapan kami akan menganjurkan Seminar Membangun Kapasiti Wanita Melalui Koperasi bertempat di Hotel Mahkota, Melaka. Sepatutnya Timbalan Menteri MeCD iaitu Datuk Saifuddin Abdullah yang akan merasmikan, tapi beliau telah bertukar ke Kementerian Pengajian Tinggi lak. Hmm yang bestnya, kami tidak tahu sekarang ni kami bernaung di bawah kementerian apa. Menteri MeCD sebelum ini iaitu Datuk Noh Omar telah bertukar portfolio kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Malam tadi aku cuba bertanya pada seorang kawan lama semasa di U di mana dia berkhidmat dengan MARA sekarang. Sebelum kabinet baru, MARA dan kami (MKM) merupakan “sepupu” di dalam kementerian. Menurutnya MARA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri di bawah Unit Perancang Ekonomi yang diterajui oleh TS Nor Mohamed Yakcop manakala agensi lain yang bernaung di bawah MeCD sebelum ni akan diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, diterajui oleh Datuk Seri Shafie Apdal. Itu ura-ura yang didengar tapi belum ada kepastian lagi.. Pengarah kami pun masih tertanya-tanya kerana kebetulan petang semalam kami bermesyuarat bersama Pengarah serta Timbalan Pengarah Akademik dan juga Pengurusan berkenaan seminar di Melaka tu..
Apa yang agak mendukacitakan kami kerana bila MeCD dibubarkan, tiada lagi perkataan KOPERASI digunakan untuk kementerian. Hasrat kerajaan untuk menjadikan sektor koperasi ini sebagai sektor ke 3 untuk menjana ekonomi negara seakan-akan tiada kesungguhan. Maaf, bukan hendak mempertikai atau mempersoal kredibiliti atau keputusan PM kita kerana yakin ada justifikasi di atas keputusan beliau. Cuma kami agak terkilan kerana sebagai satu-satunya institusi pendidikan untuk koperasi di Malaysia ini, memang agak sukar untuk kami memberi kesedaran atau pengetahuan tentang faedah dan kelebihan berkoperasi. Hasrat kerajaan agar koperasi dapat memberi sumbangan besar kepada KDNK, Keluaran Dalam Negara Kasar, nampaknya sukar untuk dipenuhi. Buat masa sekarang sumbangan koperasi tak sampai 1% pun, tetapi di negara lain seperti India, Korea, Jepun, Iran, koperasi memainkan peranan penting dan menyumbangkan peratusan yang besar dalam KDNK negara masing-masing.
Apa yang penting? KERJASAMA!!!
Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah!!
Logo MeCD yang akan jadi kenangan
7 Comments »
Leave a comment
-
Archives
- May 2009 (1)
- April 2009 (9)
- December 2008 (1)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS
Seorang insan biasa yang kadang-kadang berfikir dan bertindak di luar kebiasaan tetapi bukan seorang yang luarbiasa. Berblog bukan untuk bermadah, falsafah atau menyebar dakyah, cuma sekadar berkongsi apa yang ingin dikongsi..
betul betul betul
errmmmm….
Apa yang penting? KERJASAMA!!!
Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah!!
Memang best ayat diatas…bekerjasama untuk apa …sapu peruntukan ker…opps …sorry…cuba tanya ramai usahawan bumiputra bagaimana nak dapat apa jua peruntukan dari mecd demi pembangunan melayu…baik bubar jer dari menghancurkan hidup org melayu…
saya kurang bersetuju dengan pembubaran MeCD. Telah banyak pelaburan yang telah di belanjakan untuk memajukan kaum majoriti di negara kita, tapi sekarang hendak dibubarkan. apa akan dilakukan dengan bangunan MeCD di putrajaya? Bangunan itu harganya lebih dari RM1juta, pegawai2 di MeCD, rancangan-rancangan RMK-9 di bawah MeCD dan banyak lagi impak-impak atas sebab pembubaran ini. DSN, jika DSN membaca komen ini, silalah kemukakan rasionalnya.
terima kaseh.
Itu semua terpulang pada pandangan dan pendapat masing-masing. Semua orang ada justifikasi sendiri. Jadi tepuk dada tanya hati, jangan tanya selera.
Apa yang penting? KERJASAMA!!!
Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah!!
Kerjasama yang dimaksudkan bukanlah untuk sapu peruntukan tapi itu adalah konsep dan juga nilai koperasi yang jadi amalan seluruh dunia..
MECD kalau bubar mesti digantikan dengan yang lain. Saya rasa perananya lebih kurang sama dengan kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah. Apa yang pasti MECD telah banyak menyumbang kemajuan kepada usahawan-usahawan kecil macam saya. Saya mendapat kursus sahaja dari MARA (bawah MECD) dengan bayaran RM 50 lepasan universiti dan sekarang saya boleh mendapat pendapatan dalam lingkungan RM150,000 setahun selepas tolak kos semua. Bayangkan saya adalah bekas pelajar universiti mendapat Third class universiti tempatan boleh berjaya macam kawan2 saya yang kerja kerajaan dan berkerja dengan sektor swasta. MARA di bawah MECD mengajar saya supaya tidak mengharapkan projek dari kerajaan atau subsidi. Saya telah berjaya. Modal awal saya mulanya RM 500.00 sahaja. Berkat dorongan MARA, usaha-usaha road show dan sebagainya saya telah mempunyai 3 cawangan kedai dalam tempoh 3 tahun.
Hidupkan semula agensi yang menjaga usahawan bumiputer. Supaya Lebih ramaikan lagi bumiputera mencipta kerjaya sendiri.
bagus juga dibubarkan, kecil kan sikit kos kerajaan. boleh buang pekerja mecd tu..bukan buat apa pun. aku daftar under promosi. tak ada tindakan apa pun. nak jadi vendor pun, susah benor nak dapat. tolong melayu apanya..lebih baik gaji pekerja mecd boleh diserapkan dalam midf ke, mara ke..ada juga peruntukan untuk luaskan lagi perniagaan. memang bijak muhyidin yassin tu..
Sy stuju sesangat ngn comment ani tu..
Di bubarkan pn mungkin trkene sumpahan org ramai kot..
X cuba X tahu.. siapa yg pernah berurusan ngn depa je yg tahu.. Kesian ngn nasib bangsa kita di perlekehkan bangsa sendiri..Semoga kepimpinan baru membawa perubahan besar kpd anak bangsa kita. Kerajaan bersungguh membantu rakyat,cuma Segelintir kakitangan kerajaan bagaikan sudah pencen semasa bekerja. kalau ye pun nak makan gaji buta.. ingat sikit maha pencipta.. baru lah aman negara.. sekarang.. jelas ini lah balasannya..